Sunday, 2 November 2014

Brownies

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi dgn limpah dan kurniaNya Congo Bars versi Chocolate dapat dibaking. Ianya lebih dikenalo sebagai Brownies.

Benonya dah lama teringin nak baking Bownies ni. Tapi asek tidak berkesempatan aje. Alang2 tadi ada permintaan dari sahabat usrah. Maka terhasillah kejadiann Brownies versi Kak Kiahhh. Brownies ni mmg kaya betul dengan cokelat ngn kekacangnya. Lahai mkn 1 slice mmg rasa nk lg.

Tapi iyelah aku ni jenis kurang mkn manis. Jadi 1 slices pun dh mencukupi. Alkisahnya kbykn manisan yg aku buat inshAllah utk sweetooth jeee. Kepada yg nak taste goreng2 ect mcm mee goreng ke nasi goreng ke boleh lah rujuk kpd restoran mamak yg berdekatan ye. Hehe. Aku bukan apa. Kadang2 cust ni nak order siap pesan "jgn manis sgt" dey minachi tambi tau kn ini mmg manisan? Dessert? Pemanis mulut? Jadi tak salah kalau dia manis. Haha. Okaylah mungkin sesetengah org tak memahami maksud Dessert itu sendiri. Tapi tak mengapa. Atas permintaan cust kita akan cuba kurangkan tahap potong kaki tu sbb iyelah kita nak guna body bukan sehari dua. Yedokk.

Berbalik kepada Brownies ni tadi. Selama ni aku duk baking Congo Bars je. Mungkin korang tak tahu or mls nk ambel tahu. Act, CB dan Brownies adalah adik beradik. Cuma bezanya Brownies guna koko powder. Dan kaedahnya pun berlainan dari CB.


Saturday, 1 November 2014

Chocolate Marble Muffin

Assalamualaikum wbt.

Ahad. 2hb November 2014. Genaplah seminggu atok munah *ibu kpd ayah* duduk kt rumahku syurgaku. Alhamdulillah. Hari lahir atok pada 5hb Nov ni. Aku duk fikir nak baking kek apa utk atok. Bahan pulak tak berapa nak ada. Jadi aku pun amek keputusan baking Choc Marble Muffin ni. Alhamdulillah atok pun suka.

Petang2 kalau bosan2 tu aku belek2 buku recipe. Kat rumah aku ni dah boleh buat library khas utk buku recipe. Sbb mmg byk betul buku recipe tak kisahlah dari recipe masak ayam, daging, ikan, western, kek, kuih. Senang cita mmg semua ada lah. Selalunya abg aku lah yang rajin beli buku recipe ni. Aku pun tak lepaskan peluang belek2 lah jugak. Hihi. Tapi skrg buku recipe tu byk yg abg aku bwk g tempat study. Yelah dibelajar kulinari. Dari bab buat Dessert, Main Food, Western, Malay Food, India Food, China Food semua dia belajar.

Kadang2 cemburu pun ada jugak dgn abg aku yg sorg tu. Huhu. Aku salute dgn abg aku sbb apa, sbb dia tak bantah keputusan mak ayh aku utk dia. Seingt aku dulu masa abg aku nak apply study bukan dia yg handle. Tapi mak ayh aku yg handle utk dia. Kadang tu rasa geram pun ada jugak. Mcm tak blh nk buat sndirik je kan. Masa aku dulu, dari A sampai Z aku yg handle. Tapi itulah mungkin dah rezeki dia kan. Aku smbung study bahagian Pastry ni pun atas kehendak mak ayah aku. Ikutkan aku nak sambung bahagian Kesetiusahaan dkt Politeknik. Tapi yelah mungkin mak ayah ni lebih tahu apa yg terbaik utk anak2 mereka.

Jadi petang tu aku baking muffin utk atok aku. Aku letak kacang badam, coklat cincang. Peh mmg terangkat lah sesapa yg mkn. Hihi.

Nyumnyum.

Friday, 31 October 2014

Chocolate Moist Cake

Assalamualaikum wbt.

Semalam mak aku call aku mase tgh lepak2 online pukul4 ptg. Katanya kawan skerja dia nak order kek chocolate moist. Erk. *telan air liuq kjp. Okay chill. Aku tanya dia nak bila? Kata mak aku mlm ni. Thats means mlm smlm. Owoosssss. Bahan2 kurang nak adaaaa. Aku tunggu ayh aku balik kul5 bru ktrg g kedai KimWah. Almaklumlah semalam hujan kemain lebat oii. Takkan aku nak redah ijan. Teruklh jadinya nnti.

Katanya nak tulis Selamat Hari Lahir Alang dan Ateh pada kek itu. Bila aku fikir balik, rasanya kalau nk tulis nama pada kek moist msti kene ada  coklat bar.

Lepas dah siap bake kek tu aku pun buat lah ganache dia. Rasanya mcm cair  siket. But not bad lah. Lepas sejukkan kejap dlm chiller aku pun cocok perkataan Happy Birthday tu. Lepastu aku pun tulislah nama atas coklat bar tu "Alang & Ateh" . Tergetor-getor bak ang tulisan buttercream aku. Ahaha.

Siap semua aku packing masuk dalam kotak siap dgn pisau dan lilin. Wallaaaa. Feeling mcm kat secret recipe pulak. Agaga.

Alhamdulillah terhasillah sebijik kek moist walaupun kejadiaannya tak berapa nak menarik perhatian. Ekekek.

Wednesday, 29 October 2014

Congo Bars

Assalamualaikum wbt.

Congo Bars.

Sejarah aku mengenali Congo Bars ni disebabkan oleh seorang hakak dengan seorang lg hakak yg bergosip tentang seorang habang di group Whatsapp. Aku ni kan spesis yg tak boleh duduk diam dengar or perhati org gosip aku pun nak tumpang sekaki sepayung.

Rupanya mereka bualkan tentang seorang bakers di Instagram iaitu Encik Rabun Jauh. Hiks. Nama IG nya terlalu menarik perhatian aku. Lalu aku pun laju-laju lah husya IG nya. Walahhhh terus jatuh cinta dengan si bakers tu. I means dengan bakatnya!

Dari situlah aku mula mengenali spesis manisan yang dinamakan sebagai Congo Bars ataupun dalam bahasa orang Melayu kita Brownies / Blondies. Actually Brownies / Blondies ni mmg aku tak pernah makan pun dan tak tahu taste benonya manisan ni mcm mna. Tapi disebabkan aku ni suka bussy body ataupun dalam erti kata lain org lain boleh buat, kau pun nk cuba buat. Even kau senanya tak lah pandai mana pun. Hahaha.

Jadi dengan bantuan 50% daripada Encik Google, 30% daripada hakak2 tadi dan 20% lagi daripada Youtube maka terciptalah Congo Bars aku yang pertama.

Kejadiannya yang tak seberapa nak jadi ni sebenarnya oleh disebabkan aku takde skill pun nk buat Congo Bars dan disebabkan kekangan bahan-bahan utama seperti Brown Sugar dan Choc Chip. Tetapi iyalah aku kan gelojoh. Haish. Sampaikan taster aku yang pertama iaitu mak aku sendirik mengatakan CB tu tak masak. What's? *Ketidakpuasan hati timbul disitu.* Rasanya cukup waktu mcm dalam resepi.

Tak cukup dengan mak. Malam tu juga maklang aku merangkap adik kpd mak ku utk jd tester ke brp dah tak terkira sbbnya adik2 dan atok aku dah pulun dulu. Haha. Jawapan yg sama juga iaitu macam tak masak. Uish. Aku terus down dan terus meredhai CB tu as "mcm tak masak". Agaga.

Kebetulan pula esuknya aku gerak ke IKBN utk menghantar report Latihan Industri tempoh hari. Jadi aku fikir2 nak bg kwn2 aku rasa lah. Even tak sedap. Yang pelik lg musykilnya, depa kata sedap? What's? *ketidakpuasan hati timbul lagi disitu* Haha. Mana taknya smlm dpt jwpn lain. Harini dpt jwpn lain. Tapi aku senyap kan aje sbb aku tahu kwn2 aku tu saja nk bodek aku. Aku redha. Huwaaaa.

Dua, tiga hari kemudian aku baking Congo Bars lagi. Tapi dengan mengguna resepi yang lain. Aku dengan kebangangan sebab tak perhatikan resepi tu betul2. Aku terover letak baking powder. Tekstur dah cantik. Tapi taste dia mmg out of service betul! Hahahaha.

Seminggu lepas tu aku tidak puas hati. Aku nak baking lagi. Tapi kali ni aku menggunakan khidmat orang yang telah buat aku jatuh cinta dengan Congo Bars iaitu owner IG Encik Rabun Jauh itu sendiri. Tak mengapalah duit terbang sikit asalkan aku dapat feel Congo Bars yg sebeno.

Akhirnya akhirnya setelah bertungkus lumus tunggu depan oven. Terciptalah Officially Congo Bars Kak Kiahhh. Ahahaha. Terima kasih kpd yang berkenaan! Lepas ni nak buat lagi dan lagi!

Saturday, 25 October 2014

Blueberry Cheese Tart

Assalamualaikum wbt.

Alkisahnya esuk 26hb Oktober 2014 genaplah 22tahun Usia Perkahwinan Ibunda bersama Ayahanda kitaorg. So aku decide nak buat something special utk diorang. Tapi benonya taklah special mana pun. Ahaha. Oleh disebabkan aku tengok mak aku bersusah payah mahal2 beli dkt kwn dia. Baik aku baking senirik. Yedokkk. Ahaha.

So aku pun menggagahkan diri merempit dibawah titisan2 air hujan yg semakim lama semakin lebat. Nasib aku baik sempat parking dpn kedai KimWah (Kedai supplier bahan buat kek). Kalau tak mmg lencun lah aku masuk dalam kedai tu. Agagaga. Dahlah kt dlm kedai tu mmg sejuk FOC pula dgn air hujan mmg bertambah gigil aku.

Aku ni pulak spesis yang kalau masuk sesebuah kedai yg berusurkan kitchen or baking or whatever yg berkaitan dgn cooking mmg berejam lah aku dalam kedai tu. Dahlah masa aku pergi tu dah lewat ptg. Ada lah dr pukul 4.30 smp 5.30 ptg agaknya. Ahaha. Aku tak boleh berlama2an kt situ. Aku duk memikirkan kejadiann cheese tart tu so aku pun chawww lh cecepat. Nasib baiklah aku ada kad ahli. Tidok lah melebihi had yg sepatutnya. Mana tidoknya tgn main capai jeee. Nak membayonya tahu melopong. Agaga.

Kad Keahlian KimWah ni berharga Rm10. Sah selama 2tahun shj.

Sesampai je aku dekat RumahKu SyurgaKu, terus aku buat Sheel ataupun dalam bahasa pantainya Cengkerang atau dalam bahasa melayu dia Kulit Tart. Ahah. Aku dengan adikku Tipah bertungkus lumus menggetel Sheel td kt Foil Tart Mould. Huargh. Sepatutnya Steel Tart Mould. Oleh kerana acuan steel itu mahal nak bapok. So aku hold dulu dan masukkan acuan steel tu dalam senarai WishList aku. Agaga. Hopefully one day sedikit demi sedikit senarai WishList akan berkurangan. Haha.

Dengan kerjasama kami empat beradik, so terhasil lah Blueberry Cheese Tart Kuncup tak kembang2. Haha. Lebih kurang dalam 80biji. Hmm. Not bad lah! Berejam jua aku menghadap nya. Hahahah.

Jumpa lagi.

Nah mcm yg aku kata. Cheese Tart ni kuncup tak kembang2. Ahahah.

Thursday, 23 October 2014

Roti Mini Pizza

Assalamualaikum wbt. Selamat petang uolls.

Lunch apa tadi? Harini weoulls lunch rendang ayam kampung. Ekekek. Alhamdulillah. Sebenornya first time kot. Nasib baik sedap boleh masuk tekak dan perut yg tengah kelaparan. Kan. Lulzz.

Alkisahnya semalam kan Deepavali. Jadinya paklong dan maklong aku pun datang menziarah ktrg kt umh. Dah macam kita pulak yg beraya ye. Wakakak. Actually takde pun tertakluk pada terma dan syarat kalau raya Deepavali maknanya org India je yg boleh menziarahi rumah org lain.

Okay lari topik benornya ni. Semalam dengan penuh kerajinan dan kelebihan tenaga sesaja lah aku nak meroti. Baru nak bagi dekat jiran aka cikgu aka mak angkat. Tetapi dengan tiba-tiba pulak paklong aku datang nak buak guane ork. Sebabnya rotinya idok lah aku buat banyak. Hanya sekadar nak merasa secubit sesuap. Hiks. Jadinya lain kali sahaja lah aku bg hasil meroti aku pd cikgu. Hehe.

Tapi kali ini aku guna resepi Acik. Not bad lah roti pun naik gedebusss mcm tuan dia. Ecehh puji diri sendirik. Ekekekek.
Tapi iyalah oleh disebabkan aku ni newbie. Rotinya tidaklah secantik roti org yg sudah berpengalaman. Yedokkk.

Yang ni cubaan pertama aku haritu. Tp yang ni gedebus sebab aku guna 100gm utk seketol. Yang ni pulak hasil experiment aku semalam. Ekekek. Aku ada buat roti yg simpul. Tapi segan nk publish sbb comei sgt. Ekeke.

Tuesday, 21 October 2014

Untuk Pertama Kalinyaaaa.


Assalamualaikum wbt.

Bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya dapat aku mempublish blog untuk tatapan korang semua. Ekekeke.

Oleh kerana aku baru jee habes Latihan Industri ini bermakna tamatlah aku belajar di IKBN Bandar Penawar untuk Sijil Tahap Dua Kursus Penyediaan Pastri.

Jadi aku membuat keputusan untuk membaking sedikit demi sedikit produk yang telah aku belajar di IKBN dulu dan menjualnya secara by hand.

Hope korang dapat support usaha aku yang seciput ini.

Allah berkati korang! :)