Assalamualaikum wbt.
Congo Bars.
Sejarah aku mengenali Congo Bars ni disebabkan oleh seorang hakak dengan seorang lg hakak yg bergosip tentang seorang habang di group Whatsapp. Aku ni kan spesis yg tak boleh duduk diam dengar or perhati org gosip aku pun nak tumpang sekaki sepayung.
Rupanya mereka bualkan tentang seorang bakers di Instagram iaitu Encik Rabun Jauh. Hiks. Nama IG nya terlalu menarik perhatian aku. Lalu aku pun laju-laju lah husya IG nya. Walahhhh terus jatuh cinta dengan si bakers tu. I means dengan bakatnya!
Dari situlah aku mula mengenali spesis manisan yang dinamakan sebagai Congo Bars ataupun dalam bahasa orang Melayu kita Brownies / Blondies. Actually Brownies / Blondies ni mmg aku tak pernah makan pun dan tak tahu taste benonya manisan ni mcm mna. Tapi disebabkan aku ni suka bussy body ataupun dalam erti kata lain org lain boleh buat, kau pun nk cuba buat. Even kau senanya tak lah pandai mana pun. Hahaha.
Jadi dengan bantuan 50% daripada Encik Google, 30% daripada hakak2 tadi dan 20% lagi daripada Youtube maka terciptalah Congo Bars aku yang pertama.
Kejadiannya yang tak seberapa nak jadi ni sebenarnya oleh disebabkan aku takde skill pun nk buat Congo Bars dan disebabkan kekangan bahan-bahan utama seperti Brown Sugar dan Choc Chip. Tetapi iyalah aku kan gelojoh. Haish. Sampaikan taster aku yang pertama iaitu mak aku sendirik mengatakan CB tu tak masak. What's? *Ketidakpuasan hati timbul disitu.* Rasanya cukup waktu mcm dalam resepi.
Tak cukup dengan mak. Malam tu juga maklang aku merangkap adik kpd mak ku utk jd tester ke brp dah tak terkira sbbnya adik2 dan atok aku dah pulun dulu. Haha. Jawapan yg sama juga iaitu macam tak masak. Uish. Aku terus down dan terus meredhai CB tu as "mcm tak masak". Agaga.
Kebetulan pula esuknya aku gerak ke IKBN utk menghantar report Latihan Industri tempoh hari. Jadi aku fikir2 nak bg kwn2 aku rasa lah. Even tak sedap. Yang pelik lg musykilnya, depa kata sedap? What's? *ketidakpuasan hati timbul lagi disitu* Haha. Mana taknya smlm dpt jwpn lain. Harini dpt jwpn lain. Tapi aku senyap kan aje sbb aku tahu kwn2 aku tu saja nk bodek aku. Aku redha. Huwaaaa.
Dua, tiga hari kemudian aku baking Congo Bars lagi. Tapi dengan mengguna resepi yang lain. Aku dengan kebangangan sebab tak perhatikan resepi tu betul2. Aku terover letak baking powder. Tekstur dah cantik. Tapi taste dia mmg out of service betul! Hahahaha.
Seminggu lepas tu aku tidak puas hati. Aku nak baking lagi. Tapi kali ni aku menggunakan khidmat orang yang telah buat aku jatuh cinta dengan Congo Bars iaitu owner IG Encik Rabun Jauh itu sendiri. Tak mengapalah duit terbang sikit asalkan aku dapat feel Congo Bars yg sebeno.
Akhirnya akhirnya setelah bertungkus lumus tunggu depan oven. Terciptalah Officially Congo Bars Kak Kiahhh. Ahahaha. Terima kasih kpd yang berkenaan! Lepas ni nak buat lagi dan lagi!
No comments:
Post a Comment