Saturday, 25 October 2014

Blueberry Cheese Tart

Assalamualaikum wbt.

Alkisahnya esuk 26hb Oktober 2014 genaplah 22tahun Usia Perkahwinan Ibunda bersama Ayahanda kitaorg. So aku decide nak buat something special utk diorang. Tapi benonya taklah special mana pun. Ahaha. Oleh disebabkan aku tengok mak aku bersusah payah mahal2 beli dkt kwn dia. Baik aku baking senirik. Yedokkk. Ahaha.

So aku pun menggagahkan diri merempit dibawah titisan2 air hujan yg semakim lama semakin lebat. Nasib aku baik sempat parking dpn kedai KimWah (Kedai supplier bahan buat kek). Kalau tak mmg lencun lah aku masuk dalam kedai tu. Agagaga. Dahlah kt dlm kedai tu mmg sejuk FOC pula dgn air hujan mmg bertambah gigil aku.

Aku ni pulak spesis yang kalau masuk sesebuah kedai yg berusurkan kitchen or baking or whatever yg berkaitan dgn cooking mmg berejam lah aku dalam kedai tu. Dahlah masa aku pergi tu dah lewat ptg. Ada lah dr pukul 4.30 smp 5.30 ptg agaknya. Ahaha. Aku tak boleh berlama2an kt situ. Aku duk memikirkan kejadiann cheese tart tu so aku pun chawww lh cecepat. Nasib baiklah aku ada kad ahli. Tidok lah melebihi had yg sepatutnya. Mana tidoknya tgn main capai jeee. Nak membayonya tahu melopong. Agaga.

Kad Keahlian KimWah ni berharga Rm10. Sah selama 2tahun shj.

Sesampai je aku dekat RumahKu SyurgaKu, terus aku buat Sheel ataupun dalam bahasa pantainya Cengkerang atau dalam bahasa melayu dia Kulit Tart. Ahah. Aku dengan adikku Tipah bertungkus lumus menggetel Sheel td kt Foil Tart Mould. Huargh. Sepatutnya Steel Tart Mould. Oleh kerana acuan steel itu mahal nak bapok. So aku hold dulu dan masukkan acuan steel tu dalam senarai WishList aku. Agaga. Hopefully one day sedikit demi sedikit senarai WishList akan berkurangan. Haha.

Dengan kerjasama kami empat beradik, so terhasil lah Blueberry Cheese Tart Kuncup tak kembang2. Haha. Lebih kurang dalam 80biji. Hmm. Not bad lah! Berejam jua aku menghadap nya. Hahahah.

Jumpa lagi.

Nah mcm yg aku kata. Cheese Tart ni kuncup tak kembang2. Ahahah.

No comments:

Post a Comment